Infrastruktur Bagi Kemudahan Rakyat

S

ecara amnya, kemudahan asas yang terdapat di Kampung Seri Menanti boleh dibanggakan. Terdapat pelbagai jenis kemudahan prasarana dan juga infrastruktur dibina bagi mendekatkan jurang kemajuan antara masyarakat luar bandar dan bandar. Keseluruhan penduduk kampung mendapat kemudahan bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Kemudahan prasarana seperti surau, perpustakaan, masjid, institusi pendidikan dan perhentian bas turut dibina.

Sistem jalan raya yang baik turut memudahkan para penduduk Kampung Seri Menanti untuk menuju ke destinasi yang diingini. Pendek kata, seluruh penduduk Kampung Menanti kini mampu mengecap kemodenan dan juga kemudahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK