Ibarat Sebuah Keluarga

K
 
 
Papan tanda ke kolam air panas

ampung Seri Menanti terletak dalam Mukim Seri Menanti di Negeri Johor Darul Takzim. Setiap mukim di dalam Negeri Johor ditadbir oleh seorang Penghulu mukim dan dibantu oleh seorang Ketua Kampung yang akan menguruskan hal ehwal setiap kampung masing-masing. Terdapat beberapa buah kampung lain yang terletak berhampiran dengan Kampung Seri Menanti iaitu Kampung Sungai Pulai, Kampung Sungai Kemudi, Kampung Parit Baba Hitam, Kampung Parit Bulat dan Kampung Parit Kedondong.

Pekan yang paling hampir dengan Kampung Seri Menanti ialah Pekan Parit Jawa yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari kawasan kampung. Bandar yang terhampir pula ialah Bandar Muar yang terletak kira-kira 40 km. Oleh sebab lokasi Kampung Seri Menanti yang tidak jauh dari kawasan bandar, penduduk kampung mudah melakukan sebarang urusan harian seperti pembayaran bil, membeli barang keperluan dan sebagainya. Kampung Seri Menanti terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Muar yang bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pembangunan.

Biarpun terletak berhampiran dengan kawasan bandar dan arus pembangunan yang hebat, hubungan penduduk Kampung Seri Menanti dengan penduduk kampung sekitar amat erat. Ibarat sebuah keluarga, masyarakat di sini sentiasa berganding bahu dalam menangani apa jua masalah yang berkaitan dengan kampung. Kerjasama erat yang terjalin antara penduduk kampung mendorong kepada keselesaan dan juga keharmonian seluruh penduduk kampung. Kesedaran tentang pentingnya hubungan tali persaudaraan antara penduduk telah mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan berkarisma. Secara tidak langsung kerjasama yang wujud turut menjadi teladan dan contoh kepada penduduk kawasan lain. Pelbagai aktiviti sosial yang merangkumi aspek kebudayaan, sukan dan keagamaan sering diadakan di Kampung Seri Menanti. Antara aktiviti yang sering diadakan ialah ceramah agama, sukan komuniti dan pertandingan kompang.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK