Demi Kepentingan Bersama

J
 
 
Tuan Haji Ibrahim sedang menceritakan sejarah Seri Menanti

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan untuk membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan kerajaan. JKKK Kampung Seri Menanti turut membantu kerajaan melaksanakan program-program pembangunan di dalam kampung dengan menubuhkan beberapa biro, antaranya ialah Biro Kebajikan, Biro Keselamatan dan Biro Pendidikan.

Melalui JKKK pelbagai maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Jawatankuasa ini turut berperanan mencadangkan projek atau program kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan, gotong royong dan lain-lain. JKKK Kampung Seri Menanti dipengerusikan oleh Haji Ibrahim Ahmad. Ciri-ciri kepimpinan yang wujud dalam diri Haji Ibrahim menjadikan JKKK kampung sentiasa aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti khas buat penduduk kampung. Beliau turut dibantu oleh Abdul Aziz Haji Sabtu sebagai Setiausaha.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK