Pertanian Sumber Utama

S

ebahagian besar penduduk Kampung Seri Menanti menjadikan sektor pertanian sebagai sumber utama dalam menjana ekonomi. Pertanian utama bagi penduduk kampung ialah penanaman pokok kelapa sawit. Di samping itu, ada sebahagian penduduk kampung yang bekerja di sektor-sektor swasta yang terdapat di sekitar Bandar Muar dan Batu Pahat. Kilang-kilang yang terdapat di bandar berhampiran memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.

 
 
Kedai runcit Seri Menanti

Di samping itu, ada juga segelintir kecil penduduk kampung yang tinggal di pesisir pantai bekerja sebagai nelayan. Namun, hanya golongan tua sahaja yang masih menjadikan ia sebagai pekerjaan kerana telah melakukannya sejak sekian lama. Oleh sebab hasil tangkapan yang semakin berkurangan, kebanyakan penduduk kampung telah beralih arah kepada pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan utama seperti pertanian atau penternakan.

Perniagaan walaupun diusahakan secara kecil-kecilan penduduk boleh dijadikan sumber meningkatkan ekonomi. Ada segelintir penduduk yang membuka kedai runcit dan kedai makan bagi menampung ekonomi keluarga. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga segelintir penduduk kampung yang menternak kambing dan ayam sebagai pendapatan sampingan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK