Malahan Sungai Muar dengan beberapa tempat menarik turut dikaitkan dengan sejarah negara serta lagenda masyarakat tempatan. Pelancong bolehlah menaiki bot dari Jeti Tanjung Emas dan menyusuri Sungai Muar sehingga ke Bukit Kepong untuk melihat nilai sejarah di sepanjang sungai itu. Peristiwa Bukit Kepong yang menyebabkan Balai Polis Bukit Kepong diserang hendap oleh segerombolan komunis masih segar dalam ingatan penduduk setempat. |
Aktiviti pertanian di Kampung Seri Menanti lebih banyak tertumpu kepada perladangan kelapa sawit. Walaupun terdapat juga tanaman getah tetapi ia sudah berkurangan. Dianggarkan seluas 30 hektar ladang sawit diusahakan oleh penduduk kampung ini. Harga sawit yang semakin meningkat di pasaran mendorong lebih ramai penduduk kampung terlibat dengan penanaman kelapa sawit . |