Belia Aktif Dan Bersemangat
elaras dengan prinsip kerajaan yang ingin melahirkan belia yang berketerampilan dan berakhlak mulia, pelbagai aktiviti melibatkan mereka sering diadakan. Aktiviti belia Kampung Seri Menanti diuruskan oleh Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Seri Menanti. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan khas untuk golongan belia Kampung Seri Menanti ialah pertandingan sepak raga, pertandingan bola sepak dan pertandingan badminton. Ada juga aktiviti sukaneka seperti tarik tali dan lari dalam guni turut dianjurkan. Belia wanita pula terlibat dalam aktiviti seperti senamrobik, kelas agama dan sebagainya.
Selain aktif memenuhi masa senggang mereka dengan bersukan, para belia di sini turut melakukan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Walaupun nilai-nilai budaya Melayu semakin luntur ditelan zaman, akan tetapi belia Kampung Seri Menanti boleh berbangga kerana keutuhan jati diri mereka. Penubuhan Kelab Kompang telah menarik minat ramai belia untuk menguasai kemahiran bermain kompang. Irama paluan kompang oleh para belia ini yang syahdu dan mengasyikkan sentiasa mendapat perhatian para penduduk. Setiap kali musim kenduri kahwin, para belia ini tidak menang tangan dibuatnya. Sewajarnya sifat dan akhlak yang ditunjukkan para belia Kampung Seri Menanti harus menjadi teladan dan contoh kepada belia-belia di kota-kota besar.
|