Bercucuk Tanam Tingkat Pendapatan
enambah sumber pendapatan keluarga melalui aktiviti perladangan merupakan salah satu cara bagi kaum ibu di Kampung Sanggang membantu dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Selain itu, tanaman sayur-sayuran yang diusahakan juga dapat digunakan sehari-hari dan dapat menjimatkan kos sara hidup.
 |
|
| Kaum wanita ini menjual hasil tanaman dari titik peluh sendiri |
|
|
Antara tanaman sayur-sayuran yang diusahakan kaum ibu di sini ialah tanaman ubi keledek, jagung, cili, terung dan macam-macam lagi. Berlindung di bawah satu persatuan yang diberi nama Persatuan Peladang Nita, ditubuhkan pada tahun 2006, persatuan ini menjadi tunggak kepada kaum ibu Kampung Sanggang dalam memastikan peranan mereka di dalam keluarga dan juga masyarakat.
Di bawah Persatuan Peladang Nita kaum-kaum ibu diberi bantuan dalam mengembangkan industri tanaman sayur-sayuran yang diusahakan di rumah masing-masing. Persatuan juga bertanggungjawb memberikan bekalan baja, termasuk peralatan dan juga khidmat nasihat. Dalam masa yang sama, wanita di Kampung Sanggang juga aktif dengan berniaga di Pasar Sehari di Temerloh. Hasil tanaman yang diusahakan secara kecil-kecilan dibawa ke bandar untuk diniagakan.
|