Dibuka pada 2007
| |
 |
| |
| Mendalami ilmu tidak mengira tempat |
|
erkhidmatan Universal Services Provision (USP) disediakan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Perkhidmatan yang diberikan amatlah berguna kepada penduduk setempat. Jika dahulu penduduk kampung terpaksa keluar ke bandar untuk mengakses Internet namun dengan adanya kemudahan USP, mereka tidak lagi perlu bersusah payah.
Dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh KTAK ia banyak membantu pengguna dalam mencari maklumat, belajar secara ‘online’, permohonan kerja secara ‘online’ dan sebagainya. Lain dari negeri lain, Perpustakaan Desa Sanggang dibina pada tahun 1994 dan mendapat perkhidmatan USP pada tahun 2007. Perpustakaan ini beroperasi pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan Sabtu hingga Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
 |
|
| Remaja ini sedang khusyuk melayari Internet |
|
|
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan untuk menarik minat penduduk kampung datang ke perpustakaan ialah dengan mengadakan banyak pertandingan membaca, pertandingan bercerita, tadarus Al-Quran dan juga kursus komputer secara percuma. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk kampung.
|