Gasing Merapatkan Penduduk
| |
 |
| |
| HEBAT - Kanak-kanak ini menunjukkan kemahirannya dengan membuat putaran gasing di atas ibu jari |
|
ampung Sanggang merupakan sebuah perkampungan kecil yang dihuni kira-kira 800 orang penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu. Rumah-rumah dibina terpisah antara satu sama lain tetapi masih dalam jarak yang dapat di hubungi, seperti kata pepatah “dalam jarak sepelaungan”.
Kampung ini juga mempunyai beberapa rangkaian kampung iaitu Kampung Bahagia Sanggang, Kampung Darat Sanggang, Kampung Baru Simpang Sanggang dan Desa Murni Sanggang. Desa Murni Sanggang merupakan sebuah penempatan baru yang dibuka pada 1971 selepas banjir melanda Pahang.
Dalam pada itu, permainan gasing merupakan salah satu cara untuk merapatkan hubungan sesama penduduk Kampung Sanggang dan kampung-kampung sekelilingnya. Hubungan penduduk di seluruh pelosok kampung bertambah erat dan sering bekerjasama untuk memastikan keamanan dan keharmonian.
|