Mendapat Bantuan

P

ertanian merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk Kampung
Sanggang. Antara pertanian yang terdapat di kampung ini ialah penanaman
kelapa sawit, getah, kelapa dan tanaman kontan. Pada masa dahulu, masyarakat
awal yang membuka Kampung Sanggang sememangnya memulakan kehidupan mereka dengan aktiviti pertanian.

 
Sayur-sayuran ini akan dijual di Pasar Sehari
 

Di Kampung Sanggang, kaum wanita mengusahakan tanaman kontan seperti tanaman jagung, ubi keledek, cili, terung dan sebagainya. Tanaman ini dijual di Pasar Sehari di Temerloh. Pada awal tahun 2006, kaum wanita yang mengusahakan tanaman kontan ini telah dinaungi oleh Persatuan Peladang Nita. Persatuan ini menyediakan khidmat nasihat dan bantuan kewangan serta latihan kepada petani wanita. Lantaran itu, wanita dapat memajukan diri dan meningkatkan produktiviti melalui khidmat nasihat dan juga bantuan yang telah diberikan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK