Meningkat modal insan

S

elaras dengan anjakan masa yang semakin pantas, teknologi yang semakin berkembang, pendidikan menjadi teras utama yang harus ditekankan kepada anak-anak. Pendidikan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan modal insan selain dari pengetahuan agama.

Di Kampung Sanggang terdapat sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Sanggang yang menempatkan pelajar dari Kampung Sanggang sendiri dan penduduk dari kampung yang berhampiran. Malahan sekolah ini juga pernah menjadi sekolah luar bandar terbaik di Pahang berikutan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sijil Rendah (UPSR) yang memberangsangkan. Selain itu, terdapat juga sebuah program pendidikan pra-sekolah atau TABIKA anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dibina di Kampung Sanggang. TABIKA ini menempatkan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun bertujuan untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal serta menyediakan asas yang kukuh untuk ke peringkat sekolah rendah.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK