Homestay atau Rumah Inap Desa
| |
 |
| |
| Antara rumah yang dijadikan “homestay” |
|
i Kampung Sanggang memang terkenal dengan keindahan dan ketenangan kawasan kampungnya, lebih-lebih lagi di sini juga terdapat homestay atau lebih dikenali sebagai Rumah Inap Desa. Kebanyakannya Rumah Inap Desa dibina dan direka bentuk berkonsepkan ciri-ciri tradisional yang mengutamakan keindahan seni rekanya. Tambahan pula, ia di kelilingi kehijauan alam semula jadi yang boleh memikat hati setiap pengunjung. Rumah Inap Desa bukan sahaja dapat menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara malah dapat menjana dan meningkatkan sumber ekonomi penduduk Kampung Sanggang.
| “Pelancong asing akan disajikan dengan pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan” |
|
| |
|
Keindahan kawasan kampung dan juga kebudayaan masyarakat Pahang yang masih dikekalkan menjadikan Kampung Sanggang sebagai persinggahan pelancong asing dari Kuala Lumpur yang ingin ke Kerdau, Kuala Tahan. Antara pelancong asing yang pernah singgah ke Kampung Sanggang ialah pelancong Jepun, China, Singapura dan Indonesia.
Hari Sambutan Negara ASEAN
Bagi tujuan mempromosi pelancong, hari persinggahan yang dikenali Hari Sambutan Negara ASEAN Lawat kampung Sanggang pernah diadakan di kampung ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sanggang, Tuan Haji Othman Zainal Abidin, pelbagai aktiviti kebudayaan akan diadakan sepanjang program hari persinggahan. Pada hari tersebut, pelancong akan disajikan dengan pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan masyarakat Pahang termasuk permainan tradisional seperti gasing. Di samping itu, Tuan Haji Othman Zainal Abidin juga turut serta menjadikan rumah beliau sebagai rumah persinggahan pelancong asing.
Selain itu, juadah wajib yang akan disediakan ialah rendang pucuk ubi kayu yang merupakan juadah unik yang terdapat di Negeri Pahang. Sebenarnya rendang ini merupakan makanan tradisi masyarakat Pahang. Ramuannya berupa pucuk ubi kayu dan daging dimasak sehingga pucuk ubi menjadi kehitam-hitaman. Seperti rendang lain, rendang pucuk ubi kayu enak dimakan dengan lemang.
|