Teh Leban Yang Enak

K
 
 
Penggunaan kayu leban sebagai bahan api memberi kelazatan kepada minuman teh bersusu

ampung Sanggang terletak di Daerah Temerloh kira-kira 15 kilometer dari Pusat Bandar Temerloh. Kedudukannya yang bersebelahan Sungai Pahang, menyebabkan penduduknya masih menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan dengan menggunakan bot.

Tanah-tanihnya yang rata lagi subur amat sesuai untuk pelbagai kegiatan pertanian. Oleh sebab itu, tanaman sawit, getah, buah-buahan juga sayur-sayuran banyak diusahakan. Kegiatan ini selalunya diusahakan oleh golongan dewasa dan bagi anak muda kampung, pertanian bukanlah pilihan utama mereka kerana kebanyakannya telah berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.

Permainan gasing di Kampung Sanggang bukan sahaja menjadi buah mulut setiap peminatnya di Negeri Pahang sahaja, malah turut terkenal di seluruh dunia. Bagi yang belum pernah datang ke sini, selain kehebatan permainan gasingnya, kampung ini juga terkenal dengan keenakan Teh Leban yang menjadi kebanggaan penduduk Kampung Sanggang. Teh Leban terhasil setelah air dimasak dan dididihkan di atas dapur kayu dengan menggunakan Kayu Leban sebagai bahan apinya. Selepas itu barulah air sudah dimasak dibancuh untuk membuat air teh. Air teh daripada kayu leban ini sangat enak rasanya dan dipercayai mempunyai pelbagai khasiat untuk menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK