M
 
 
   
   

Membuat Gasing

D
 
 
Pak Ngah turut aktif dalam persatuan sosial

i Kampung Sanggang, terdapat dua buah perusahaan yang telah memperkenalkan nama Kampung Sanggang sehingga ke peringkat dunia terutama berkaitan pembuatan dan permainan gasing. Koler Ati Creatif yang diterajui Mohd Jais Rozali atau dikenali sebagai Pak Ngah bukan sahaja menjual tetapi membuat gasing.

 
“Gasing dimainkan agar binatang-binatang perosak seperti tikus tidak mengganggu tanaman padi mereka”
 

Pak Ngah, anak jati Kampung Sanggang dilahirkan pada 1951, merupakan pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bergiat aktif di dalam pelbagai persatuan sosial termasuklah Persatuan Gasing Negeri Pahang. Beliau memegang portfolio pembangunan gasing di Negeri Pahang dan sekali gus dapat memperkenalkan kesenian dan kebudayaan Kampung Sanggang.

Semasa Pak Ngah kecil, beliau sentiasa bermain gasing dan menanam impian untuk mengekalkan permainan tradisi ini di kalangan generasi akan datang. Beliau juga bertekad menjadikan gasing sebagai salah permainan yang tersenarai di dalam kejohanan sukan dunia seperti Sukan Asia dan juga Olimpik. Namun, bagi merealisasikan hasrat tersebut ia bukanlah satu tugas yang mudah. Lantaran itu, beliau terlebih dahulu ingin menanam jiwa masyarakat Malaysia untuk cintakan permainan gasing. Menurut Pak Ngah, sejarah gasing di Kampung Sanggang berkait rapat dengan bidang pertanian. Gasing dimainkan untuk menghalau dan menakutkan binatang-binatang perosak seperti tikus. Dipercayai tikus akan lari apabila mendengar dentuman gasing yang berlaga antara satu sama lain.

Usahawan lain di sini ialah pasangan suami isteri Md Noor dan Rohani yang mengusahakan perniagaan ukiran pintu atas nama Syarikat Warisan Craft Wood di Kampung Darat Sanggang. Syarikat ini juga mengeluarkan produk bekas telur berasaskan kayu yang mendapat sambutan menggalakkan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK