Kelab Warga Emas
elab Warga Emas anjuran Poliklinik Masyarakat Sanggang merupakan sebuah kelab yang aktif dalam memastikan warga emas di dalam Mukim Sanggang mendapat perhatian yang sewajarnya. Dengan adanya kelab ini, ia memberikan peluang kepada mereka untuk menjalani latihan senam robik dan pembelajaran pemakanan yang sihat. Pada setiap pagi Khamis, warga emas di Mukim Sanggang akan berkumpul di poliklinik untuk bersenam dan mendapatkan rawatan kesihatan. Sebab itu, kerana pelbagai kegiatan yang dianjurkan, Poliklinik Masyarakat Sanggang pernah menjadi Johan landskap Kesihatan pada tahun 2007.
 |
|
| Kelab warga emas sedang bersenam anjuran Poliklinik Sanggang |
|
|
Antara perkhidmatan lain yang disediakan Poliklinik ini ialah Unit Kecemasan yang beroperasi 24 jam dan dibantu dua orang Pembantu Perubatan. Antara kemudahan lain ialah rawatan kesihatan kepada ibu mengandung, pemerikasaan kesihatan kepada anak-anak dan juga pemeriksaan bayi dari rumah ke rumah.
Terdapat juga Pusat Bersalin Alternatif di Kampung Sanggang yang telah dibuka pada tahun 2002. Pusat Bersalin Alternatif menawarkan kemudahan atau tempat bersalin kepada wanita yang hamil anak kedua dan anak keempat sahaja.
|