Kerjasama Meningkatkan Keselamatan
alam aspek keselamatan, kerjasama antara rakyat, badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan merupakan satu langkah yang paling efektif dalam memastikan kawasan tempat tinggal kita berada dalam keadaan yang terkawal. Tanpa kerjasama ini, amat mustahil negara kita akan terus aman tanpa gangguan jenayah. Lantaran itu, rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu perlu dipupuk agar masalah-masalah kecil boleh ditangani dengan bantuan rakyat. Secara amnya soal keselamatan di kampung ini di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Balai polis berhampiran ialah Ibu Pejabat Daerah Temerloh. Ia menjadi tempat rujukan penduduk Kampung Sanggang jika berlaku sebarang masalah yang berkaitan dengan keselamatan. Suatu masa dahulu, di kampung ini
pondok polis dibina sekitar 1970-an sehingga 2002. Oleh kerana kedudukan kampung yang berdekatan bandar maka pondok polis tersebut telah dibubarkan dan laporan boleh terus dibuat di balai polis berhampiran juga bertindak sebagai Ibu Pejabat Daerah Temerloh.
Di kampung ini juga terdapat pertubuhan keselamatan seperti Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA). RELA diwujudkan untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Anggota RELA ini terdiri daripada anak tempatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan rondaan dan pantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan kampung terjamin.
|