Dewan Imam Perang Teh
emudahan awam dan infrastruktur merupakan lambang kepada kemajuan kampung. Di Kampung Sanggang, penduduknya sangat bertuah kerana memiliki kemudahan utiliti yang hampir lengkap. Bekalan elektrik disediakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bekalan air dapat dinikmati dengan selesa di rumah masing-masing.
Antara kemudahan lain ialah Dewan Imam Perang Teh yang berfungsi sebagai tempat penduduk kampung mengadakan pelbagai keramaian dan juga tempat belia berkumpul untuk bermain badminton dan sepak takraw. Selain daripada itu, Perpustakaan Awam Desa Siber Ilmu juga menjadi kemudahan yang paling berguna kepada penduduk setempat untuk melahirkan generasi berilmu.
Selain kemudahan jalan raya yang tersedia pengangkutan awam seperti bas menjadi penghubung utama penduduk kampung untuk ke bandar. Dalam pada itu, terdapat juga masjid dan surau bagi memudahkan penduduk kampung beribadat.
|