Hubungan Erat
eski pun tidak tinggal di dalam kampung yang sama, hubungan erat yang terjalin membuktikan masyarakat kampung di sini sentiasa memastikan hubungan persaudaraan sentiasa terjalin. Selain budaya masyarakat timur yang mementingkan adab dan kesopanan, pelbagai aktiviti yang dilakukan secara bersama mengeratkan lagi perhubungan penduduk. Kampung Sanggang terletak berhampiran Kampung Loyang, Kampung Tan Sri Yahya dan Kampung Sanggang Seberang. Kebanyakan penduduk melakukan aktiviti pertanian sara diri, menanam padi paya dan menjual buah kelapa.
Sebagai usaha untuk merapatkan hubungan penduduk, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mengadakan pekan sehari yang terletak di Kampung Sanggang. Pekan sehari yang diadakan pada setiap pagi Jumaat menjadi tumpuan penduduk sekitar sama ada untuk menjual hasil tani atau membeli barang-barang keperluan.
Hubungan dikukuhkan lagi melalui pelbagai kemudahan yang terdapat di kampung ini yang digunakan secara bersama oleh penduduk sekitarnya. Sekolah Kebangsaan Sanggang, Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sanggang, Poliklinik Komuniti dan juga dewan orang ramai dibina di kampung ini. Dewan orang ramai tersebut dikenali dengan nama Dewan Iman Perang Teh.
|