Berniaga di Pasar Sehari

K

ampung Sanggang merupakan sebuah kampung tradisi yang masih mengekalkan tradisi dan budaya hidup di kampung. Rata-rata penduduk Kampung Sanggang masih melakukan kerja kampung seperti mengusahakan tanaman sayur-sayuran, menoreh getah dan juga menjadi pekebun kelapa sawit. Sungguhpun begitu, terdapat juga penduduk yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan tidak kurang juga yang membuka perniagaan sendiri seperti membuka bengkel motosikal, kedai runcit dan juga perusahaan kraf tangan.

Kampung Sanggang terdapat pasar sehari yang diadakan setiap pagi Jumaat pagi. Pasar sehari ini bukan sahaja bertujuan memberikan peluang berniaga kepada penduduk Kampung Sanggang malah kepada penduduk-penduduk di sekitarnya juga.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK