Kampung Sanggang memang terkenal dengan keindahan dan ketenangan kawasan kampungnya, lebih-lebih lagi di sini juga terdapat homestay atau lebih dikenali sebagai Inap Desa. Setiap unit Inap Desa di sini kebanyakannya dibina dan direka bentuk berkonsepkan tradisional Melayu. Jika dapat melihat keindahan dan kehijauan alam semula jadi, ia sesuatu yang memikat hati pengunjung. Inap Desa bukan sahaja menarik kedatangan pelancong tetapi meningkatkan sumber ekonomi penduduk.


Perikanan dan Penternakan Pelancongan

Temerloh sememangnya terkenal sebagai bandar ikan patin. Kampung Sanggang yang terletak di Daerah Temerloh turut menternak ikan sangkar secara komersial. Antara ternakan ikan yang terdapat di Kampung Sanggang ialah ikan patin atau nama saintifiknya Pangsius Sutchi merupakan spesies ikan air tawar jenis mecerba yang menjadikan kawasan sungai dan lombong sebagai habitatnya.

Di Kampung Sanggang memang terkenal dengan keindahan dan ketenangan kawasan kampungnya, lebih-lebih lagi di sini juga terdapat ‘homestay’ atau lebih dikenali sebagai Inap Desa. Setiap unit Inap Desa ini kebanyakannya dibina dan direka bentuk tipikal tradisional Melayu dan dapat dilihat keindahan dan kehijauan alam semulajadi di sekelilingnya berjaya memikat hati setiap pengunjung. Melalui kaedah ini, ia bukan sahaja dapat menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara malah dapat menjana dan meningkatkan sumber ekonomi penduduk Kampung Sanggang.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK