Gasing Memartabatkan Kampung Sanggang
elia Kampung Sanggang mungkin lebih sinonim dengan permainan gasing. Pasukan Gasing Kampung Sanggang dibimbing Jais Rozali atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah. Beliau aktif menghidupkan seni permainan gasing dan sanggup membimbing para belia menjuarai permainan gasing ke peringkat dunia. Gasing pangkah dan gasing uri merupakan antara jenis-jenis permainan gasing yang setiap satunya mempunyai cara atau peraturan bermain yang berlainan.
Permainan Gasing
| |
 |
| |
| Aksi belia ingin memangkah gasing pihak lawan |
|
Permainan gasing pangkah dimainkan secara berkumpulan di mana setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing akan menjadi pasukan memangkah. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong yang berbentuk bulat. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing kumpulan menanti dan setiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Setiap gasing haruslah memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.
Melalui bimbingan Pak Ngah, belia Kampung Sanggang telah menempa nama di dalam permainan gasing sehingga ke peringkat dunia. Antara perlawanan yang pernah disertai ialah Festival Gasing ASEAN 2002, Kejohanan Gasing Malaysia Tertutup dan Perlawanan Gasing Kebangsaan. Selain itu belia Kampung Sanggang menyertai pertandingan Cabaran Sukan Air Negeri Pahang. Belia Kampung Sanggang selain bermain gasing juga aktif bermain badminton yang selalunya diadakan di Dewan Imam Perang Teh.
|