Wanita Rembau Aktif Bersosial
olongan wanita Rembau merupakan antara kumpulan yang aktif dan sentiasa menyertai aktiviti berbentuk sosial, keagamaan dan kemasyarakatan. Aktiviti sampingan yang dijalankan kebanyakannya diikuti oleh golongan suri rumah dan juga pelajar lepasan sekolah yang masih menunggu tawaran melanjutkan pelajaran. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah pada waktu petang dan juga hujung minggu mengikut kesesuaian masa masing-masing.
Terdapat pelbagai persatuan yang bergiat aktif di kalangan wanita di kampung ini. Terdapat pelbagai persatuan yang bergiat aktif di kalangan wanita di kampung ini. Antaranya ialah Kumpulan Pengembangan Wanita yang fokus kepada mengajar cara-cara membuat roti, kumpulan marhaban dan berzanji yang bergiat aktif ketika majlis-majlis keraian dan majlis keagamaan. Juga tidak ketinggalan sebuah Pusat Kegiatan Masyarakat yang dikendalikan oleh Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang menawarkan bengkel jahitan, masakan dan dandanan. Selain itu, Kumpulan Pengembangan Wanita pula lebih menumpukan perhatian kepada mengajar kaum wanita cara-cara untuk membuat roti. Pasukan Marhaban dan Berzanji merupakan antara pasukan yang aktif dalam setiap majlis keraian dan majlis-majlis keagamaan di sekitar kampung.
Kursus Kecantikan dan Dandanan Diri yang dianjurkan oleh KEMAS bermula pada awal tahun 2008. Kursus ini sememangnya mendapatkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada kaum hawa di sini dan sekitarnya. Kursus yang hanya satu-satunya terdapat di Negeri Sembilan ini menawarkan teori dan latihan praktikal yang berkaitan dengan rawatan kecantikan dan pemeliharaan kesihatan. Terdapat 25 orang peserta setakat ini dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan untuk latihan teori dan praktikal pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat bermula jam 9.00 pagi. Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran dan yuran bulanan ialah sebanyak RM15 sahaja.
 |
|
| Kelas menjahit yang dianjurkan oleh KEMAS |
|
|
Bagi golongan wanita yang lebih berminat dalam kelas menjahit, terdapat juga kelas menjahit yang dianjurkan oleh KEMAS. Kelas menjahit ini paling menjadi pilihan penduduk setempat untuk mempelajari dengan lebih lanjut cara-cara untuk membuat baju kurung tradisional dan moden, blaus, kebaya, seluar dan juga baju kanak-kanak. Selain itu, pelajar juga boleh belajar kraf tangan dan cara-cara membuat kusyen dan juga sarung bantal. Modul pembelajaran untuk kelas jahitan ini adalah selama enam bulan mengikut prestasi pelajar. Bayaran yang dikenakan adalah RM15 untuk pendaftaran dan RM10 yuran bulanan.
|