Keharmonian Pelbagai Kaum

P

opulasi penduduk di dalam Kampung Batu Hampar dianggarkan seramai lebih daripada 1,000 orang. Kaum terbesar yang tinggal di sini adalah kaum Melayu beragama Islam manakala kaum minoriti adalah kaum Cina dan kaum India. Permuafakatan dan persefahaman di antara satu sama lain menjadi pemangkin masyarakat di sini dalam cara hidup dan aktiviti yang dijalankan.

Kebanyakan penduduk memilih untuk tinggal di kawasan kampung di tanah persendirian warisan generasi terdahulu. Keunikan binaan rumah-rumah kampung di sini yang berbumbung Minangkabau akan membuatkan pengunjung terpesona dan kagum apabila melalui kawasan perkampungan di sini. Namun begitu, terdapat juga projek perumahan baru yang dibina di bawah Projek Perumahan Termiskin (PPRT).

“Walaupun berlainan kaum, agama dan keturunan, namun penduduk di sini tetap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Dikenali sebagai daerah beradat, setiap perbuatan dan perilaku masyarakat tempatan adalah mengikut undang atau adat masing-masing.”

 
   

Walaupun berlainan kaum, agama dan keturunan, namun penduduk di sini tetap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Dikenali sebagai daerah beradat, setiap perbuatan dan perilaku masyarakat tempatan adalah mengikut undang atau adat masing-masing. Di daerah Rembau, kebanyakan masyarakatnya mengamalkan adat perpatih dalam kehidupan dari dahulu sehingga kini. Mereka masih berpegang teguh kepada adat dan juga kepercayaan yang diwarisi oleh generasi terdahulu untuk kesejahteraan hidup.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK