Bertani Secara Kecil-kecilan

D

ianggarkan lebih daripada 20 hektar tanah digunakan oleh penduduk setempat untuk bertani sebagai salah satu sumber pendapatan keluarga. Masih terdapat segelintir golongan petani yang meneruskan tanaman kelapa sawit dan getah. Ada juga penduduk tempatan yang berjinak-jinak dengan tanaman sayuran dan buah-buahan seperti sawi, peria, jagung dan buah naga. Mereka bercucuk-tanam secara kecil-kecilan di kawasan kediaman mereka untuk kegunaan sendiri.

 
Tanaman sawi menghijau
 

Terdapat beberapa penduduk yang terpilih untuk mendapat bantuan nasihat dan modal daripada Jabatan Pertanian Rembau. Sebagai contoh, Projek Usahawan Kampung Solok Jelawai yang diusahakan oleh Hoo Tack Chow mengusahakan tanaman sawi, peria dan banyak lagi. Dengan adanya bantuan yang lebih banyak kepada petani-petani ini, mereka dapat terus mengembangkan hasil tani dan menggunakan kaedah tanaman yang lebih moden dan efektif. Hasil tani yang diusahakan oleh petani-petani di sini kebanyakannya dijual di Pasar Awam Rembau dan juga dijual secara kecil-kecilan di kawasan kampung sekitar.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK