Penubuhan Cawangan Universiti Al Azhar
idang pendidikan di kawasan Pekan Rembau adalah lengkap merangkumi tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama dan sekolah teknik. Kesemua sekolah ini adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi pusat didikan ilmu untuk si kecil, terdapat beberapa Tadika Pejabat Kebajikan Masyarakat (KEMAS) dan lain-lain serta pusat komputer di sekitar kampung. Terdapat juga sebuah kampus cawangan Universiti Al Azhar Mesir yang akan dibina di kawasan ini.
| |
 |
| |
Batu Asas Tapak Universiti Al-Azhar “ Hub Ilmu Masyarakat Rembau”
|
|
Sesuatu yang amat membanggakan ialah penubuhan Kampus Universiti Al Azhar di daerah ini. Pembinaannya dijangka akan dapat menambah golongan cendekiawan Islam di Malaysia. Penyempurnaan Majlis Pecah Tanah Universiti Al Azhar Kampus Malaysia dan peletakan batu asas telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohammad Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 April 2008. Penubuhan cawangan universiti tertua dunia di luar Mesir merupakan satu penghormatan dan sejarah kerana ia pertama kali ditubuhkan dalam tempoh 1,000 tahun pusat pengajian terunggul itu beroperasi.
Di kampung ini, terdapat juga segelintir tokoh tersohor negara yang menjadi idola kepada generasi muda di sini. Datuk Ariffin Jaka merupakan bekas Hakim Negara yang banyak menyumbang jasa dan keringat dalam bidang kehakiman negara.
“Penyempurnaan Majlis Pecah Tanah Universiti Al Azhar Kampus Malaysia dan perletakkan batu asas telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohammad Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan tanggal 12 April 2008.” |
|
| |
|
Program berbentuk kemasyarakatan di antara pelajar dan juga penduduk kampung telah memberikan reaksi positif kepada semua penduduk. Program Desa Tercinta, Rembau yang pernah dianjurkan oleh Mukim Astana Raja dan Universiti Multimedia Malaysia pada tahun 2007. Melalui program seperti ini, pelajar akan dapat mempelajari corak hidup masyarakat desa dan meningkatkan komunikasi dan interaksi bersama masyarakat kampung. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari adat dan budaya masyarakat di sini dan mengenali keluarga angkat masing-masing. Program ini akan sentiasa menjadi agenda dalam pembangunan pendidikan di kawasan Rembau untuk kepentingan bersama.
Gambar Pilihan: Batu Asas Tapak Universiti Al-Azhar “ Hub Ilmu Masyarakat Rembau”
|