Replika Istana Raja Melewar

R

eplika Istana Raja Melewar Kampung Astana Raja Rembau merupakan salah satu tempat menarik yang harus dikunjungi apabila anda sampai ke Rembau. Replika istana ini dibangunkan sebagai lokasi tarikan pelancong. Bentuknya unik mengikut reka bentuk asal seperti Istana Raja Melewar yang pernah tersergam indah di kawasan ini pada masa lampau. Apabila replika istana ini siap pembinaannya, istana itu diamanahkan kepada Lembaga Muzium Negeri Sembilan supaya ia boleh menggarap konsep yang bersesuaian dengan warisan sejarah negeri. Replika Istana Raja Melewar telah diwartakan secara rasminya menjadi Muzium Rembau, salah satu mercu tanda warisan khazanah bangsa. Istana ini memuatkan galeri-galeri dan maklumat sejarah dari zaman pemerintahan Luak Rembau, sejarah tempatan Rembau, Adat Pepatih dan asal usul Raja Melewar sendiri.

 
 
Khazanah Warisan Bangsa di dalam istana

Karnival Rakyat yang diadakan hampir setiap tahun di sini sememangnya menarik ramai pengunjung untuk datang ke sini. Di samping dapat berkongsi adat dan juga cara hidup masyarakat Rembau, pengunjung juga boleh sama-sama mencuba aktiviti rakyat seperti bermain congkak, belajar cara-cara membuat dodol dan bermain alat muzik tradisional di Negeri Sembilan.

Terdapat juga balai kraf tangan bagi mereka yang berminat untuk membeli cenderamata dan kraf tangan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, keluarga dan orang tersayang. Anda juga boleh memilih untuk beristirehat di tempat rehat yang terdapat di sekitar istana bagi menikmati pemandangan indah bangunan istana tersebut.

 
Replika Istana Raja Melewar
 

“Replika Istana Raja Melewar Kampung Astana Raja Rembau merupakan salah satu tempat menarik yang harus dikunjungi apabila anda sampai ke Rembau.”

 
   
 
 
Penafian | Laman Web KTAK