Replika Peralatan Muzik Menghiasi Rembau

T

erletak di pintu masuk daerah Rembau, mata anda pasti tertacap pada sebuah replika peralatan muzik di tengah-tengah bandar. Replika kayu Merbau yang tertera tulisan ‘Rembau Daerah Beradat’ menunjukkan asal-usul nama Rembau dan gaya hidup penuh beradat masyarakat setempat. Di atas replika kayu tersebut tersergam replika rebana, replika tepak sireh dan replika gong. Replika rebana adalah alat muzik tradisional masyarakat di sini yang sering digunakan di dalam majlis kebesaran dan kebudayaan. Replika tepak sireh pula membawa maksud masyarakat Rembau begitu mengalu-alukan kedatangan pengunjung luar ke daerah ini. Manakala replika gong pula menunjukkan peralatan muzik tradisional yang berperanan sebagai tulang belakang sesebuah persembahan muzik gamelan. Maka, gong membawa maksud tersirat bahawa ia akan mengiringi perjalanan anda semasa berada di Rembau.

Bagi mereka yang ingin berkunjung ke sini, anda boleh melalui jalan Seremban-Tampin dengan hanya 30 minit pemanduan dari Bandar Seremban. Kedamaian dan ketenangan kampung yang masih mengekalkan adat dan tradisi pastinya akan membuatkan anda terleka seketika di daerah Rembau ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK