Perniagaan Mahira Enterprise
idang keusahawanan juga menjadi pilihan penduduk sebagai salah satu sumber mata pencarian utama. Kegigihan masyarakat di sini untuk melibatkan diri dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana adalah satu usaha murni seiring dengan seruan kerajaan iaitu “Satu Kampung Satu Produk”. Kebanyakan golongan yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan di kampung ini ialah wanita dan belia.
 |
|
| Variasi produk Mahira Enterprise |
|
|
Pengusaha kuih-muih yang sinonim di kalangan penduduk setempat adalah Mahira Enterprise yang menjual produk seperti baulu cermai, biskut bulat, kuih bakar, wajik, dodol, biskut cip coklat, tat nanas dan kuih bangkit. Setiap produk yang dibuat adalah berdasarkan tempahan daripada pelanggan sekitar Rembau, Port Dickson dan daerah lain di Negeri Sembilan. Selain itu, terdapat juga produk sejuk beku iaitu pulut panggang yang dijual dengan harga RM5 sepeket. Perusahaan yang diusahakan oleh Fatimah ini telah bergiat aktif sejak tahun 2005. Berkat kesabaran dan kegigihan beliau dalam meluaskan empayar perniagaan, beliau juga telah mendapat bimbingan, latihan dan bantuan mesin oleh Jabatan Pertanian Rembau sebanyak RM30,000. Beliau juga terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk membuka perusahaan ini. Selain itu, khidmat nasihat dari segi kewangan dari Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) turut membantu Fatimah dalam perusahaan ini. Di samping itu, khidmat nasihat daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut melebarkan sayap perniagaannya ke pasaran luar. Beliau juga dalam usaha memasarkan produk biskut bulat ke Dubai dan juga Pakistan. Setelah menyertai Malaysian International Halal Showcase (MIHAS) selama dua tahun berturut-turut rezeki beliau semakin bertambah. Selain itu, permintaan yang amat menggalakkan ketika musim perayaan menyebabkan beliau terpaksa menambah bilangan pekerja sementara sebanyak tiga kali ganda.
| |
 |
| |
|
|