Bersatu Padu Kawal Keselamatan

W

alaupun soal keselamatan di kampung ini di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdapat sebuah balai polis dan balai bomba berdekatan dengan kawasan kampung. Balai Polis Rembau terletak di Pekan Rembau manakala Balai Bomba Rembau terletak sejauh dua kilometer dari Pekan Rembau. Jika terdapat sebarang aduan atau masalah berkaitan, penduduk tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pertolongan daripada bantuan luar kerana perkhidmatan keselamatan 24 jam disediakan oleh pihak berkenaan.

 
 
Suasana malam di Pekan Rembau. Terdapat dua orang anggota polis trafik dan anggota RELA sedang bertugas di simpang jalan

Terdapat juga Rukun Tetangga yang diwujudkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Mereka bertanggungjawab membuat rondaan dan menyelia keselamatan kawasan-kawasan perumahan yang terdapat di dalam Pekan Rembau. Aspek keselamatan merupakan perkara utama yang dilakukan oleh pihak rukun tetangga. Selain itu, mereka juga mempunyai biro-biro tertentu dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan perumahan sentiasa terjaga.

Terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak polis menjaga keselamatan penduduk setempat. Pihak RELA yang aktif dalam membuat rondaan di sekitar kampung membuatkan soal keselamatan di kawasan ini berada dalam keadaan yang terkawal. Kerjasama daripada semua penduduk juga penting dalam mengurangkan kadar jenayah di kampung ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK