Memudahkan Masyarakat
enduduk di kawasan ini mendapat kemudahan asas yang lengkap walaupun terletak di pinggir kota. Kemudahan asas seperti bekalan air bersih, tenaga elektrik, telekomunikasi serta sistem pengangkutan dan perhubungan yang teratur dan efisien disediakan untuk keselesaan penduduk. Penduduk boleh berhubung dengan kawasan sekitar melalui jambatan, jalan raya dan juga lebuh raya. Selain itu, kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan juga kereta api memudahkan penduduk untuk bergerak ke mana sahaja.
 |
|
| Stesen kereta api Rembau. |
|
|
Kemudahan awam yang terdapat di kawasan ini juga lengkap dan berada di kawasan yang berdekatan antara satu sama lain. Pusat Pentadbiran terletak di Pekan Rembau. Ini memudahkan segala urusan pentadbiran dan perkhidmatan yang melibatkan sektor perkhidmatan awam dijalankan di sini. Selain itu, terdapat juga Dewan Rembau dan taman rekreasi berhampiran dengan pusat pentadbiran daerah. Selain itu, kemudahan perpustakaan awam, klinik kesihatan, mahkamah majistret, pejabat pos, balai polis, masjid, padang bola, gelanggang bola keranjang dan taman permainan turut disediakan kepada penduduk sekitar Daerah Rembau. Segala kesenangan yang ada dapat memastikan penduduk Pekan Rembau menguruskan aktiviti seharian dengan mudah dan cepat.
“Kemudahan awam yang terdapat di kawasan ini juga lengkap dan berada di kawasan yang berdekatan antara satu sama lain.” |
|
| |
|
|