Karnival Rakyat Eratkan Hubungan

K

awasan kampung yang berhampiran dengan kawasan Perpustakaan Awam Cawangan Rembau adalah Kampung Tambang Kuda, Kampung Tanjung Sena, Kampung Seberang Batu Hampar, Chengkau dan juga Bongek. Kesemua kawasan kampung ini berada di bawah parlimen Rembau dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kota dan DUN Chembong. Perhubungan jalan raya dan sungai yang baik mengeratkan hubungan kejiranan di antara satu kampung dengan kampung yang lain.

Masyarakat di sini berkomunikasi melalui pelbagai aktiviti seperti perniagaan, perkhidmatan dan juga kebudayaan. Kedudukan Pekan Rembau sebagai pusat pentadbiran daerah Rembau membolehkan masyarakat di kampung berhampiran mendapatkan perkhidmatan urus-niaga seperti perkhidmatan perbankan, perkhidmatan pos dan perkhidmatan jual-beli.

Aktiviti kebudayaan seperti karnival rakyat yang sering dianjurkan setiap tahun juga pastinya mengeratkan hubungan di antara masyarakat kampung ini dan masyarakat sekitarnya. Karnival Rakyat yang diadakan di replika Istana Raja Melewar sering kali mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kesemua masyarakat di daerah Rembau dan juga pengunjung dari luar.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK