Jalinan Sektor Awam Dan Swasta
umber pendapatan utama masyarakat di daerah ini diperolehi melalui sektor perkhidmatan awam, swasta dan juga persendirian. Terdapat segelintir anak muda yang memilih untuk bekerja di sektor perkhidmatan awam di Daerah Rembau, manakala sebahagian lagi bekerja di Bandar Seremban dan Tampin. Kewujudan sektor-sektor swasta seperti perkhidmatan kesihatan dan telekomunikasi memberi peluang kepada penduduk sekitar meraih pendapatan menerusi sektor tersebut.
Terdapat juga segelintir penduduk yang memilih untuk berniaga secara runcit dan pasar malam sebagai sumber pendapatan utama. Sektor perkilangan yang ada di daerah Rembau turut membantu menambahkan sumber ekonomi daerah ini. Terdapat juga beberapa penduduk Rembau bekerja di kilang-kilang Daerah Rembau dan Bandar Seremban.
Sektor pertanian seperti tanaman getah, kelapa sawit dan sayur-sayuran juga menjadi salah satu sumber pendapatan masyarakat di sini. Kebanyakan tanaman yang ada diusahakan oleh golongan tua yang telah sebati dengan pekerjaan tersebut sejak dahulu lagi. Bagi mereka yang ingin mendapatkan wang sampingan, penduduk Rembau memilih untuk berniaga makanan secara kecil-kecilan di tepi jalan seperti berniaga cendol, putu piring dan juga kueh chakoi.
Kebanyakan penduduk di sini memilih untuk mendapatkan sumber pendapatan mereka melalui pelbagai bidang mengikut kepakaran masing-masing. Pelbagai jenis pekerjaan tradisi ataupun moden yang boleh dilakukan oleh semua generasi di Rembau ini.
|