| |
Menjejakkan kaki di Daerah Rembau, mata anda pasti terpukau melihat replika peralatan muzik tersergam indah di tengah-tengah pekan. Replika yang ada di situ ialah replika rebana, tepak sireh dan gong. Ketiga-tiganya membawa maksud tersirat. Apa yang penting, replika-replika ini menggambarkan cara hidup masyarakat Rembau yang penuh beradat. Di samping itu, Daerah Rembau mempunyai rahsia sejarahnya yang tersendiri. Jika anda sedar, nama Rembau seakan-akan pokok Merbau yang tumbuh meliar di kawasan ini. Mercu tanda Daerah Rembau ialah Replika Istana Raja Melewar yang dibina semula untuk diwartakan menjadi muzium. Di sinilah tarikannya yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan pelancong luar.
|