Kaum wanita di Port Dickson bijak menggunakan masa lapang

KEMAS Membantu Wanita

G

olongan wanita di Port Dickson bukan sahaja bertindak sebagai suri rumah, malahan mereka turut bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Selari dengan laungan kerajaan yang inginkan wanita berdaya saing, pelbagai aktiviti untuk mereka dilaksanakan di sini.

Kehebatan menjahit yang ditonjolkan memang diakui oleh penduduk tempatan

Aktiviti wanita dipantau oleh Biro Wanita di bawah seliaan Majlis Perbandaran Port Dickson yang sentiasa aktif melahirkan idea bernas dalam usaha memajukan kaum wanita. Antara aktiviti yang sering dianjurkan ialah kelas jahitan diadakan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) diketuai oleh Munawarah Hassan. Menurut beliau, pihak kerajaan negeri telah memberi sumbangan berupa mesin jahit untuk kemudahan penduduk. Ketika musim perayaan khasnya Hari Raya Aidilfitri, banyak tempahan baju Melayu dan baju kurung diterima daripada penduduk sekitar Port Dickson. Secara tidak langsung ia menjadi sumber alternatif buat golongan wanita di Port Dickson.

Kaum wanita di sini turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti sampingan seperti kelas Fardu Ain dan kelas masakan. Selain itu, terdapat segelintir kecil golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan seperti menjual kuih tradisional dan perniagaan kedai runcit. Biro Wanita Port Dickson kini sedang giat menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti untuk kaum ibu.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK