Melahirkan Golongan Celik IT
| "Pelbagai aktiviti sering dianjurkan di Perpustakaan Awam Port Dickson yang sebahagian besarnya melibatkan golongan kanak-kanak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan origami, pertandingan melukis, pertandingan teka silang kata dan sebagainyai." |
|
| |
|
erpustakaan Awam Port Dickson sangat bertuah kerana dipilih untuk mendapat kemudahan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek ini dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) bersama beberapa agensi lain. USP bertujuan merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar.
 |
| Hiasan dalaman perpustakaan ini sangat menarik perhatian pengunjung |
|
Perpustakaan Awam Port Dickson ditubuhkan pada tahun 2003. Perpustakaan ini beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat empat buah komputer yang dilengkapi kemudahan Internet disediakan oleh KTAK. Individu yang bertanggungjawab menyelianya ialah Zuhaini Mohamad Nor dan turut dibantu oleh empat orang staf. Perpustakaan dua tingkat ini turut dilengkapi kemudahan dewan serba guna untuk kemudahan masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti sering dianjurkan di Perpustakaan Awam Port Dickson yang sebahagian besarnya melibatkan golongan kanak-kanak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan origami, pertandingan melukis, pertandingan teka silang kata dan sebagainyai.
|