Mendapat Nama Dari Pegawai British

P
" Port Dickson mendapat namanya bersempena nama seorang Setiausaha Negeri-Negeri Bersekutu yang berkhidmat di sini suatu ketika dahulu, iaitu Sir John Frederick Dickson. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memajukan seluruh kawasan Port Dickson."  
   

ada asalnya Port Dickson dikenali dengan nama Tanjung, namun ia telah ditukar kepada Port Dickson secara rasminya pada tahun 1894. Peristiwa ini berlaku serentak dengan perasmian pembukaan landasan kereta api yang menghubungkan Port Dickson dengan Sungai Ujong. Port Dickson mendapat namanya bersempena nama seorang Setiausaha Negeri-Negeri Bersekutu yang berkhidmat di sini suatu ketika dahulu, iaitu Sir John Frederick Dickson. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memajukan seluruh kawasan Port Dickson.

Informasi mengenai Port Dickson boleh didapati di Muzium Lukut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Port Dickson mula diteroka oleh masyarakat Melayu sejak tahun 1800. Oleh sebab kedudukannya yang terletak berhampiran dengan Sumatera, maka ramai warga Sumatera yang datang berhijrah ke sini. Suatu ketika dahulu Port Dickson pernah menjadi pelabuhan laut dalam yang terkenal. Sekitar tahun 1893 sebanyak 600 kapal dari Singapura dan Port Klang telah berlabuh di Port Dickson. Aktiviti pelabuhan semakin sibuk dan jumlah pengangkutan barang-barang dari dalam dan luar Port Dickson semakin bertambah. Kejayaan pelabuhan laut dalam ini membawa banyak pembaharuan kepada pusat bandar. Menjelang tahun 1902, Port Dickson muncul sebagai pelabuhan terunggul. Kini, hampir 60 tahun sudah berlalu, keadaan di Port Dickson sudah jauh berubah. Terkenal sebagai destinasi terkemuka, Port Dickson semakin pesat membangun.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK