Kepadatan Penduduk Ekoran Pembangunan Pesat
| " Amalan warisan masyarakat Melayu seperti adat kunjung-mengunjungi dan kenduri kendera tetap diamalkan sehingga ke hari ini. Bagi masyarakat Cina dan India pula, kepercayaan nenek moyang masih menjadi tunjang dalam kehidupan seharian. Hubungan erat antara keluarga masih lagi diterapkan sehingga kini." |
|
| |
|
enduduk di kawasan Port Dickson terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dianggarkan lebih 100,000 orang bermastautin di Port Dickson. Sebanyak 59,000 penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam. 26 peratus pula terdiri daripada kaum Cina dan selebihnya adalah kaum India. Oleh kerana jalan raya utama dibina di sepanjang persisiran pantai, pola penempatan penduduk adalah secara berjajaran di persisiran pantai. Ada juga penduduk yang tinggal secara bertaburan di sekitar Port Dickson. Pembangunan yang pesat mendorong kepada kewujudan beberapa penempatan baru di seluruh kawasan Port Dickson.
| |
 |
| |
| Kanak-kanak riang berlari-larian di gigi pantai |
|
Semangat perpaduan dan kejiranan menjadi tunjang utama kehidupan masyarakat di sini. Meskipun hidup dalam dunia yang penuh moden dan mencabar, penduduk Port Dickson masih lagi mengamalkan cara hidup dan nilai tradisional kaum masing-masing. Amalan warisan masyarakat Melayu seperti adat kunjung-mengunjungi dan kenduri kendera tetap diamalkan sehingga ke hari ini. Bagi masyarakat Cina dan India pula, kepercayaan nenek moyang masih menjadi tunjang dalam kehidupan seharian. Hubungan erat antara keluarga masih lagi diterapkan sehingga kini. Barangkali, itulah faktor utama masyarakat majmuk di Port Dickson hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
|