Berlabuh Di Sungai Chuah
| |
 |
| |
| Para nelayan menanti air pasang untuk menangkap ikan |
|
ktiviti perikanan di Port Dickson hanya melibatkan sebilangan penduduk. Terdapat sebuah pangkalan iaitu Pangkalan Nelayan Sungai Chuah yang menjadi tempat para nelayan berlabuh setelah pulang dari laut. Hasil tangkapan seperti ikan Gelama, udang, Tenggiri adalah tangkapan utama bagi para nelayan laut dalam di Port Dickson. Menurut salah seorang nelayan iaitu, Mohd Nor yang telah terlibat selama 20 tahun dalam bidang ini, kegiatan nelayan di Port Dickson mengikut musim.
| " Hasil tangkapan seperti ikan Gelama, udang, Tenggiri adalah tangkapan utama bagi para nelayan laut dalam di Port Dickson. " |
|
| |
|
Apabila musim air surut, nelayan tidak boleh keluar ke laut kerana bot-bot yang mereka gunakan akan terdampar di pantai. Nelayan hanya akan turun ke laut ketika musim air pasang. Para nelayan mendapat bantuan dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berupa dana pinjaman dan juga peralatan. Ikan-ikan yang ditangkap akan dijual kepada peraih sebelum dipasarkan di sekitar Port Dickson.
|