Pendidikan Yang Membanggakan
| |
 |
| |
| Badan sihat otak pun cergas |
|
idang pendidikan di Port Dickson tidak menjadi masalah kepada para penduduk di sini. Terdapat beberapa buah sekolah yang didirikan di sekitar kawasan Port Dickson. Antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang, Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson, Sekolah Menengah Lukut dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Port Dickson. Jumlah sekolah yang banyak di kawasan Port Dickson secara tidak langsung menaikkan taraf pendidikan para pelajar di kawasan ini.
Ada di kalangan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Secara tidak langsung, para pelajar yang berjaya dalam bidang pendidikan bukan sahaja mengharumkan nama keluarga malahan nama Port Dickson. Pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar sekolah sering diadakan bagi memupuk semangat perpaduan dan juga daya juang yang tinggi dalam menempuh dunia penuh cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong bersama masyarakat setempat, perkhemahan, aktiviti sukan dan banyak lagi.
|