Perusahaan-perusahaan Kecil

S

ektor keusahawanan di Port Dickson lebih tertumpu pada industri pelancongan. Pun begitu, ada juga segelintir penduduk yang terlibat dalam perusahaan kecil-kecilan. Antara perusahaan yang semakin mendapat sambutan ialah perusahaan membuat mi kuning. Perusahaan mee kuning yang dijalankan oleh Yee Teng Hock telah mula beroperasi sejak 30 tahun yang lalu. Menurut beliau, produk yang dihasilkan olehnya adalah bermutu dan mendapat kelulusan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pada awalnya, beliau hanya membuat mi kuning untuk perniagaan kecil-kecilan. Beliau kini mampu menggaji lima orang pekerja bagi membantu perusahaan dijalankan dengan sempurna. Mee kuning yang dihasilkan akan dipasarkan di kawasan sekitar Port Dickson. Pembeli boleh mendapatkan mee kuning pada harga serendah RM2.

 
 
Doh roti yang telah siap dibentuk dan akan dibakar

Selain itu, ada juga perusahaan membuat kuih bahulu, roti dan kuih tradisional yang dijalankan oleh Rafiah Talib. Menurut beliau, keistimewaan kuih bahulu yang beliau hasilkan adalah rasanya yang kering di luar dan lembut di dalam. Resipi asli turun temurun menjadi faktor utama kuih bahulu yang dihasilkan mendapat sambutan penduduk tempatan. Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut memberikan bantuan berupa mesin dan latihan kepada pengusaha. Kini beliau mampu meraih kira-kira RM2,000 sebulan hasil dari jualan kuih bahulu di sekitar kawasan Port Dickson.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK