Pondok untuk mengawal keselamatan penduduk dan pelancong

Keselamatan Dan Keamanan

K

eselamatan merupakan faktor penting dalam memastikan keharmonian hidup masyarakat. Walaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk kampung juga berganding bahu dalam memastikan keamanan.

Terdapat sebuah balai polis yang didirikan di Port Dickson. Ia menjadi tempat rujukan para penduduk untuk mengutarakan pelbagai jenis masalah berkaitan keselamatan di Port Dickson. Selain itu, terdapat juga sebuah balai bomba dan kem tentera di Port Dickson.

 
 
Balai Polis yang disediakan untuk penduduk setempat dan pelancong

Pasukan Ikatan Relawan (RELA) dan Rejimen Askar Wataniah juga bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan penduduk Port Dickson. Askar Wataniah adalah pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia. Secara amnya, Port Dickson adalah kawasan penempatan dan pelancongan yang aman damai. Oleh yang demikian para pelancong dan penduduk di Port Dickson hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK