Program Rakyat Eratkan Hubungan
| "Pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian sering dianjurkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk kampung." |
|
| |
|
ort Dickson adalah salah sebuah daerah daripada sembilan daerah yang terdapat di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. Port Dickson terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson. Mukim-mukim lain yang terletak berhampiran Mukim Port Dickson ialah Mukim Si Rusa, Mukim Linggi, Mukim Pasir Panjang dan Mukim Jimah. Bandar yang terletak paling hampir dengan kawasan Port Dickson ialah Seremban.
Kawasan Port Dickson juga merangkumi beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Paya, Kampung Arab, Kampung Chokra, Kampung Bagan Pinang dan Kampung Gelam. Pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian sering dianjurkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Program Karnival Rakyat, kelas Fardu Ain dan Program Kebudayaan Peringkat Daerah. Selain itu, aktiviti riadah seperti Kejohanan Bola Keranjang, Kejohanan Akuatik dan Kejohanan Bola Jaring turut diadakan.
|