Pelancongan Punca Eknomi
antaran terkenal sebagai sebuah kawasan peranginan popular, justeru, ramai penduduk di sini menceburkan diri dalam sektor pelancongan. Kegiatan pelancongan yang rancak mengundang kepada wujudnya pelbagai hotel dan chalet. Secara tidak langsung memberi banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
| |
 |
| |
| Bengkel motorsikal ini dimiliki oleh anak tempatan |
|
Barangkali tidak ramai yang mengetahui kewujudan beberapa buah syarikat minyak gergasi di Port Dickson. Kilang penapisan minyak yang diusahakan oleh syarikat seperti Shell dan Esso merupakan peluang yang amat dinantikan oleh masyarakat Port Dickson. Ini kerana kilang penapisan minyak menjadi salah satu sumber pendapatan bagi menampung kehidupan seharian.
Ada juga kalangan penduduk yang terlibat dengan aktiviti perniagaan bagi menjana ekonomi termasuklah perusahaan kecil-kecilan. Antara perusahaan yang semakin mendapat perhatian adalah perusahaan membuat mi kuning dan juga kuih tradisional. Rumah-rumah kedai dan gerai banyak dibina di segenap pelosok kawasan Port Dickson. Ini membuktikan bahawa aktiviti perniagaan di Port Dickson semakin berkembang pesat.
|