Sebut sahaja Port Dickson, pasti anda akan terus membayangkan keindahan pantainya yang bersih serta pasirnya memutih halus. Angin sepoi-sepoi bahasa mendamaikan lagi suasana yang tenang di sekitar kawasan pantai. Terletak di dalam negeri yang terkenal dengan adat perpatih, Port Dickson sering menjadi tumpuan pengunjung sama ada di dalam negeri atau pelancong luar negara, terutamanya pada setiap hujung minggu atau musim cuti sekolah. Port Dickson sesuai dijadikan tempat untuk mandi-manda berkelah, berenang dan sebagainya.
Pelbagai jenis chalet, rumah penginapan dan hotel disediakan untuk pengunjung yang ingin bermalam di Port Dickson. Lambakan kedai-kedai makanan dan minuman di sekitar kawasan Port Dickson turut memudahkan pengunjung menikmati pelbagai jenis makanan tempatan. |