Memupuk Nilai Tradisional

S
 
 
Belia Port Dickson juga gemar bersantai sambil membincangkan hal isu semasa

elaras dengan prinsip kerajaan yang ingin melahirkan belia berketerampilan, pelbagai aktiviti melibatkan golongan ini sering diadakan. Aktiviti belia Port Dickson dipantau oleh Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan Majlis Perbandaran Daerah Port Dickson. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan ialah pertandingan bola keranjang, bola sepak pantai, pertandingan bola sepak dan pertandingan badminton. Aktiviti sukaneka seperti tarik tali dan lari dalam guni turut dianjurkan. Kelas Al-Quran, latihan kompang dan rebana juga dianjurkan untuk golongan belia. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai tradisional di dalam jiwa golongan belia.

Oleh kerana Port Dickson terkenal sebagai pusat pelancongan, ramai golongan belia terlibat dalam sektor tersebut. Ada antaranya menjadi ‘travelling guide’ kepada pelancong yang ingin ‘makan angin’ sekitar kawasan Port Dickson.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK