Wanita Bergiat Aktif Di bawah Kumpulan Pergerakan Wanita

M

enyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat dan ekonomi setempat, pihak JKKK telah merancang aktiviti khusus yang melibatkan golongan wanita di Kampung Permatang Duku. Dari situ wujudnya Kumpulan Pergerakan Wanita (KPW) dan Kumpulan Yassin Wanita di bawah Biro Wanita untuk menggalakkan wanita bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.

Aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Wanita di sini melibatkan program keagamaan seperti kelas mengaji Al-Quran dan tajwid, program tadarus Al-Quran, latihan marhaban ketika sambutan hari kebesaran Islam. Selain program keagamaan, golongan wanita di kampung ini juga mengadakan kelas jahitan dan kelas gubahan. Berkat ketekunan, mereka sering mendapat tempahan menjahit baju dari penduduk Kampung Permatang Duku. Penglibatan wanita dalam aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang serta merapatkan hubungan silaturahim bersama penduduk di sini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK