Zaman Berubah, Musim Berlalu
rojek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap negeri yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. USP bertujuan untuk mengurangkan kadar buta IT di kalangan masyarakat hari ini.
Projek USP diletakkan di dalam bangunan Klinik Desa Kampung Permatang Duku yang menjadikan ia sebagai tempat yang selesa di kalangan pelajar dan penduduk untuk mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan informasi.
Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) di bawah seliaan Noreha Othman dan Suriati Che Soh, ini menguruskan perkhidmatan internet dan latihan kepada penduduk. USP ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat dan akan dibuka pada waktu malam jam 8.00 malam hingga 10.00 malam jikalau penduduk mahu menggunakan kemudahan tersebut.
|