Peneroka Berasal Dari Pulau Riau
eneroka asal, Haji Abdul Karim yang merantau dari Pulau Riau, Indonesia ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1930-an. Beliau membawa penduduk kepulauan tersebut seramai 300 orang untuk berhijrah mencari kawasan penempatan di Tanah Melayu. Apabila sampai di Tanah Melayu, mereka menyusuri kawasan hutan belukar dan menemui kawasan penempatan yang sesuai dengan faktor ekonomi ketika itu.
Penduduk asal menjumpai pokok manggis di kawasan hutan dan memberi nama Kampung Parit Manggis. Namun, dengan keluasan yang tidak mencukupi untuk membina rumah, peneroka berpindah mencari kawasan yang baru untuk membina kediaman. Sebahagian daripada mereka yang meneroka kawasan hutan tersebut menemui kawasan tanah tinggi dan pokok duku di hujung kampung ini. Akhirnya, mereka berpindah ke kawasan tersebut dan memberi nama Kampung Permatang Duku bersempena tempat tersebut yang dipenuhi pokok duku.
Terdapat bangunan lama Sekolah Melayu yang masih teguh berdiri sehingga sekarang. Bangunan sekolah yang didirikan pada tahun 1947 telah dijadikan rumah Ketua Kampung. Namun kini, bangunan tersebut dijadikan monumen bersejarah agar penduduk sentiasa mengingati asal-usul sejarah kampung mereka.
|