Terdiri Daripada Masyarakat Jawa
engikut bancian, dianggarkan penduduk di sekitar Kampung Permatang Duku dianggarkan seramai 800 orang. Penduduk di sini terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, agama dan keturunan. Kaum Melayu berketurunan Jawa mewakili 80 peratus daripada populasi penduduk dan selebihnya terdiri daripada kaum Bugis, Cina dan lain-lain kaum.
Penduduk Kampung Permatang Duku yang multi nasional terkenal dengan sikap kemesraan, bersopan-santun dan berbudi bahasanya. Ini sekali gus dapat memperkayakan adat resam dan kebudayaan sedia ada. Sikap tolak ansur antara kaum yang wujud menjadi pegangan bagi memelihara perpaduan. Kebudayaan yang ada di kampung ini begitu unik dan menarik serta tetap terpelihara walaupun dalam arus pembangunan pesat membangun. Semua penganut menghormati agama dan kebudayaan masing-masing dan dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
|