Kelapa Sawit Menjana Pendapatan Penduduk
ektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor yang moden, komersial dan berdaya saing. Tanah yang subur di Kampung Permatang Duku menjadi faktor utama kepada kegiatan pertanian oleh penduduk kampung. Kegiatan perladangan utama di Kampung Permatang Duku adalah tanaman kelapa sawit. Dianggarkan terdapat kira-kira 182 hektar tanah kampung ini yang ditanam pokok kelapa sawit. Ladang-ladang kelapa sawit merupakan ladang persendirian penduduk kampung di sini. Buah kelapa sawit yang sudah masak biasanya akan dikait sendiri oleh peladang dan kemudian dijual di kilang sawit berdekatan. Kadangkala lori-lori sawit dari kilang akan datang sendiri ke ladang sawit untuk mengambil buah sawit yang hendak dijual.
Selain itu, ada juga sebilangan kecil penduduk Kampung Permatang Duku yang mengusahakan kebun pisang, tebu dan ubi. Kebanyakan hasil kebun dijual kepada peniaga di sekitar kawasan kampung dan Pekan Benut. Dengan wujudnya kepelbagaian hasil pertanian di Kampung Permatang Duku, hasrat kerajaan menjadikan pertanian luar bandar sebagai industri penting akan tercapai.
|